Kami mengucapkan Selamat Datang ke laman blog 'Bicycleextream Sarawak' yang akan memaparkan maklumat berkaitan dengan acara berbasikal yang dikenali sebagai 'Cabaran Berbasikal Subis 2011' Peringkat Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 15 Januari 2011, di Bekenu, Miri, Sarawak.
Cabaran Berbasikal ini bakal menyaksikan penyertaan lebih daripada 100 peserta dari seluruh Malaysia termasuk negara jemputan dari Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia dan juga Thailand. Pengayuh basikal akan merentasi laluan sejauh 90 km di sepanjang lebuhraya Bekenu - Batu Niah dan kembali ke Bekenu.
(Foto Kanan - Mercu tanda Pekan Bekenu)
Acara berbasikal ini dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Ekstrim Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Subis, Miri dan juga Majlis Sukan Negeri Sarawak.
![]() |
| Pekan Bekenu |
Orang ramai yang ingin turut serta di dalam acara berbasikal ini bolehlah mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak penganjur di pejabat urusetia Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Miri, di Stadium Miri atau menghubungi talian 012-8451099 (Affandi Ahmad) atau menerusi emel affmad@gmail.com atau facebook - Bicyclextream Sarawak.
Terima kasih.


